Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah.
”Setiap perkara yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W pasti ada hikmahnya kerana baginda lebih mengetahui tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari.
Setiap perbuatan kita biarlah menjadi ibadah termasuk beriadah dan bersukan agar mendapat ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T.
Justeru, sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W, kita mestilah mengikut segala perkataan, perbuatan, kehidupan dan akhlaknya.
